Masalah pengangkutan
Sebab penyebaran covid 19 ini, semua negara menggunakan dasar penutupan negara sebagai tindak balas terhadap wabak tersebut. Keadaan ini menyebabkan banyak rakyat perlu bekerja dari rumah(Work From Home).
Keadaan ini telah menyebabkan lonjakan permintaan untuk peralatan elektronik seperti telefon pintar, laptop, jam tangan pintar dan alat elektronik lain. Peranti pintar ini memerlukan cip untuk dijalankan. Walau bagaimanapun, penyebaran wabak ini menyebabkan industri logistik terjejas, iaitu import dan eksport antara negara tidak boleh dijalankan.
(Malaysia mempunyai 13% dalam pasaran dunia pengujian dan pembungkusan. )
Keadaan penutupan negara-negara Asia Tenggara terutama Malaysia menyebabkan cip dihasilkan dari luar negara yang perlu hantar ke Malaysia mengalami masalah dan juga cip yang sudah uji dan bungkus sukar export ke luar negara.
Oleh sebab itu, bekalan alat eletronik kepada pasaran dunia tidak mencukupi sebab masalah pengangkutan yang serius. Walaupun penyebaran covid 19 bertambah baik kemudian, ia tidak stabil.
Keadaan pandemik yang tidak stabil mengakibatkan kerap berlakunya kekangan ruang bagi kapal kontena di mana cip tidak dapat dihantar ke kilang masing-masing dalam tempoh yang diharapkan/ditetapkan. Keadaan tersebut juga menjadikan permintaan kargo meningkat dan kekangan ruang untuk kenderaan kargo kerana tidak pasti bila boleh mengimport dan mengeksport barang.
Selain itu, keadaan kontena kosong tidak ditempatkan di lokasi yang sepatutnya menyebabkan kesesakan pelabuhan. Dengan ini, perkhidmatan lojistik terbantut.
Lebih-lebih lagi, ketika perintah kawalan pengerakan (PKP) dilaksanakan, semua perkhidmatan pengangkutan barangan darat dihadkan kecuali bagi barangan keperluan harian seperti sektor makanan dan minuman.
Dalam pada itu, pada 23 Mac 2021, insiden kapal kontena besar milik Panama, Ever Given yang tersadai dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk di Terusan Suez. mengakibatkan kerugian besar kepada dunia.
Kesesakan itu memaksa hampir 300 buah kapal kargo lain mesti menukar laluan melalui Afrika dengan perjalanan yang lebih jauh. Perjalanan yang lebih panjang akan meningkatkan dan juga berbahaya kerana kapal terpaksa mengelilingi Tanjung Harapan di hujung selatan Afrika.
Sebagai contoh, perjalanan dari Pelabuhan London di UK atau Pelabuhan Marseille di Perancis ke Pelabuhan Mumbai di India, menyeberangi Terusan Suez dapat memendekkan jarak pelayaran sekurang-kurangnya 43% (sekitar 7000 kilometer) daripada memintas Tanjung Harapan. Ini juga mempengaruhi peningkatan bekalan global semasa pandemik Covid-19.
评论
发表评论